Sunday, November 15, 2009

LAPORAN PRESIDEN (terkini)




Assalamualaikum,
1.
MESYUARAT CUEPACS & PERJUMPAAN DENGAN PERDANA MENTERI Y.A.B DATO’ SRI NAJIB TUN ABDUL RAZAK DI BANGUNAN PARLIMEN PADA 12 NOVEMBER 2009

i.              Terlebih dahulu saya memohon maaf kepaa semua Ahli Jawatankuasa Kerja KKAUSM kerana saya tidak hadir mesyuarat pada 12 November 2009.
ii.             Mesyuarat Ahli Kongres Cuepacs diadaakan pada jam 11.00 pagi untuk membincangkan perkara yang patut diutarakan kepada Perdana Menteri pada perjumpaan sebelah petang nanti.  Semua Ahli Kongres telah bersetuju untuk menanya:
a.       Kenyataan Perdana Menteri berkenaan ’Cuepacs tidak bermoral’ dalam tuntutan bonus 2 bulan gaji .
b.       Presiden Cuepacs Hj Omar Hj Osman hanya mencari populariti dalam tuntutan bonus dua bulan bonus.
c.        Tuntutan bonus 2 bulan bonus masih dikekalkan sehingga mendapat penjelasan Perdana Menteri
    
Pada jam 3.00 petang semua ahli kongres Cuepacs termasuk Sarawak & Sabah telah bergerak ke Bangunan Parlimen untuk berjumpa Perdana Menteri.  Turut hadir dalam perjumpaan ini adalah Tan Sri Ismail Adam dan Ketua Setiausaha Negara – Perdana Menteri hadir jam 5.20 petang.  Perdana Menteri telah menjelaskan  bahawa:

a.        Dalam kenyataan Cuepacs tidak bermoral -  Perdana Menter tidak  bermaksud macam kenyataan yang dicetak oleh akhbar tetapi beliau bermaksud ’Buat masa ini Cuepacs tidak layak untuk membuat tuntutan Bonus 2 bulan’ kerana ekonomi negara pada masa ini masih belum stabil.  Sekiranya Cuepacs masih berkeras untuk membuat tuntutan bonus Kerajaan Malaysia terpaksa membuat pinjaman untuk memenuhi tuntutan Cuepacs.  Perdana Menteri berjanji kepada semua ahli kongres Cuepacs tuntutan 2 bulan bonus akan diambil kira setelah ekonomi negara stabil dan meningkat nanti.

b.        Oleh kerana tuntutan bonus tidak dapat dipetimbangkan  maka Presiden Cuepacs Hj Omar telah memohon tambahan RM500.00 insentif/bantuan kerana hujung tahun ini ramai staf sektor awam kena menanggong kos perbelanjaan persekolahan anak bagi semua gred 54 kebawah.  Dan potongan 30% cukai pendapatan bagi Gred Juksa A hingga C. 

c.        Bagi kedua-dua permohonan Cuepacs – Perdana Menteri akan menimbangkan serta menyemak dengan Perbendaharaan dan beliau akan memaklumkan sedikit masa lagi.

d.        Presiden Cuepacs memohon JPA  menyemak kembali staf Pembantu Masyarakat dan Staf Kementerian Pelancungan yang diambil secara kontrak akan tamat kontrak pada 31 Disember 2009 ini melibatkan seramai lebih kurang 1,500 orang.  Cuepacs mencadangkan kontrak mereka disambung semula kerana ada dikalangan telah bertugas lebih 15 tahun secaa kontrak.  Perkara ini telah menarik minat Perdana Menteri dan menyarankan Tan Sri Ismail Adam menyemak perkara ini lebih dalam lagi.

Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa Cuepacs akan diberi geran RM1,000.000.00 untuk menjalankan aktiviti Cuepacs bagi tahun 2010.  Beliau juga memohon Semua Staf Sektor Awam perlu memahami keadaan ekonomi negara pada masa ini masih tidak menentu dan kerajaan tidak akan meminjam dari luar untuk menampung perbelanjaan emolumen negara.
Laporan Perjumpaan Ahli Kongres Cuepacs dengan Perdana Menteri  ada disiarkan dalam Akhbar Berita Harian pada 13 November 2009.

Perjumpaan dengan Perdana Menteri sehingga 6.40 petang.
2.
BENGKEL PEMBENTANGAN PROFILING HCMS & KERTAS KERJA JAWATANKUASA KECIL TALENT MANAGEMENT 13 – 15 NOVEMBER 2009 – HOTEL EASTIN  QUEENSBAY PULAU PINANG

Bengkel ini telah membincangkan perkara seperti berikut:
i.              Skim N
ii.             Skim W
iii.            Skim F, FT
iv.           Skim E
v.            Skim C
vi.           Skim J, A, G, R
vii.          Skim Q
viii.         Skim U
ix.           Skim S
x.            Skim KB, KP, KX, KR
xi.           Skim DS, DU, DM, DG, DGA
xii.          Skim B

Manakala Jawatankuasa Kecil Talent Management:
i.                Pemantapan Urusan Pemgambilan Staf Akademik dan Head Hunting Dalam/Luar Negara
ii.               Pemantapan urusan Pelantikan Staf Bukan Akademik Ke Akademik dan Cuti Sebaktikal
iii.              Pemantapan Urusan Pelantikan Sebagai Visiting Position dan Assocites (Kehormat/Kunjungan) Retaining Fees dan Skim Baru
iv.             Pemantapan Urusan RLKA/RPTKA
v.              Pemantapan Urusan Latihan Team High Achiver Leadership Training Program Apex
vi.             Pemantapan Urusan Elaun Multi Tasking Berdasarkan Prestasi
vii.            Pemantapan Urusan kriteria Kenaikan Pangkat (Profail)-HCMS Bukan Akademik
viii.           Pemantapan Urusan Pelantikan Jawatankuasa Tetap Penilaian
ix.             Pemantapan Urusan Gaji Profesor Melalui Gred Sedia Ada Berdasarkan Kepakaran/Bidang Serta insentif staf.

Untuk makluman semua AJK Kerja KKAUSM  semua topik yang dibincangkan serta dimurnikan dalam bengkel ini dan belum mendapat kelulusan Exco Naib Canselor.  Oleh itu, hasil perbincangan tidak dapat dihebahkan kepada tuan-tuan dan puan-puan  sehingga mendapat kelulusan Exco Naib Canselor.

Bengkel tamat pada 15 November 2009 Jam:  1.00 petang.

No comments:

Post a Comment