Saturday, September 18, 2010

MESYUARAT AGUNG DWI-TAHUNAN KE 17

14 SEPTEMBER 2010

AHLI-AHLI BERDAFTAR

KESATUAN KAKITANGAN AM
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA [KKAUSM]

NOTIS 2 : MESYUARAT AGUNG DUA TAHUNAN KE 17

Saya merujuk Undang-undang 8 : Mesyuarat Agung Dua Tahunan Perlembagaan KKAUSM.
Notis 2 ini adalah kesinambungan kepada Notis 1 bertarikh 25 Ogos 2010.

1. Tarikh dan Tempat Pembuangan Undi

Dimaklumkan bahawa tarikh dan tempat Pembuangan Undi untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja KKAUSM Sessi 2010/2012 adalah seperti berikut:-

Induk 27 & 28 September 2010     
9.00am - 4.00pm      
Konkos, Majlis Perwakilan Pelajar,
Pusat Mahasiswa, Bangunan E42

Kesihatan 27 September 2010
3.00pm - 10.00pm
Dewan Rufaidah, HUSM

28 September 2010
9.00am – 4.00pm
Dataran Pelajar, PP Sains Perubatan

Kejuruteraan 27 September 2010
9.00am – 4.00pm
Dewan Seminar, Bangunan Pentadbiran

IPPT 27 September 2010
9.00am – 12.00am Bilik Kecergasan, Lot 4
2.00pm – 4.00pm Bilik Taksiran, Pusat Klinikal

Ahli-ahli yang membuang undi akan menerima cenderahati KKAUSM.


2. Senarai Calon dan Jawatan dipertandingkan

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja KKAUSM Bil. 22 pada 8 September 2010 adalah dirujuk. Selepas tarikh dan masa penamaan calon pada 8 September 2010 jam 12.00 tengahari dan tempoh bantahan tamat pada jam 1.00 tengahari tarikh yang sama, diputuskan Senarai Calon dan Jawatan dipertandingkan untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja KKAUSM sessi 2010-2012 adalah seperti di Lampiran A.

3. Agenda Mesyuarat Agung Dua Tahunan ke-17 KKAUSM 2010-2012

Agenda MADT 17 KKAUSM 2010-2012 adalah seperti di Lampiran B

4. Kelulusan Pendaftar USM untuk hadir ke Mesyuarat Agung Dua Tahunan KKAUSM ke 17.
Seperti dilampirkan.


Sekian.

Setiausaha Agung :
D/a Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan

Tel : ext 3280, 019-445 9911, Faks : 04-653 3903

JAWATAN YANG DI PERTANDINGKAN:

PRESIDEN: (dipertandingkan)

Nama ABDUL RAHIM BIN ABDUL SAMAD

No. KP Baru : 651121-07-5631 Lama : A0306338
No.Staf : USM 0630/09 No. Ahli : 1691
Jawatan Hakiki Pembantu Tadbir Kewangan / W26
Jabatan Bendahari, USM Kampus Kesihatan


 
Nama ABDUL WAHAB BIN AZIZ
No. KP Baru : 560929-07-5569 Lama : 5142340
No.Staf : KD 41833 No. Ahli : 842
Jawatan Hakiki Pekerja Awam / R4
Jabatan Pembangunan, USM Kampus Induk

NAIB PRESIDEN (menang tanpa bertanding)
MD FAUZY BIN ADAM
No. KP Baru : 561006-05-5679 Lama : 5085020
No.Staf : KC 33753 No. Ahli : 767
Jawatan Hakiki Juruteknik Mekanikal / J22
Jabatan Pembangunan, USM Kampus Induk


SETIAUSAHA AGUNG (menang tanpa bertanding)
NIK ANIZAR BT NIK ABDULLAH
No. KP Baru : 590330-03-5322 Lama : 5598141
WC 30170 No. Ahli : 3420
Jawatan Hakiki Pembantu Tadbir Kewangan / W22
Jabatan Bendahari, USM Kampus Kesihatan

 
 
PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG (dipertandingkan)
 
CHIK BINTI HUSSIN

No. KP Baru : 580325-02-5278 Lama : 5418090
No.Staf : HB 20108 No. Ahli : 3240
Jawatan Hakiki Penyelia Jururawat / U36
Unit Kejururawatan, HUSM, USM Kampus Kesihatan


MOHAMED IBRAHIM BIN MOHAMED SHARIFF
No. KP Baru : 650121-07-5389 Lama : A0202441
KD 43863 No. Ahli : 1699
Jawatan Hakiki Pembantu Am Pejabat / N4
P.P.Sains Matematik, USM Kampus Induk

 
BENDAHARI (menang tanpa bertanding)
 
HUD BIN MD YASSIN

No. KP Baru : 540403-01-5555 Lama : 4626444
No.Staf : EC 30007 No. Ahli : 750
Jawatan Hakiki Pembantu Tadbir Kewangan / W26
Jabatan Bendahari, USM Kampus Kejuruteraan

PENOLONG BENDAHARI  (menang tanpa bertanding)
NORIZAN BT ISMAIL
No. KP Baru : 620525-03-5220 Lama : 6803035
WB 20077 No. Ahli :
Jawatan Hakiki Penolong Akauntan / W27
Jabatan Bendahari, USM Kampus Kesihatan

AHLI-AHLI JAWATANKUASA: (menang tanpa bertanding)
ZON 1: DESASISWA RESTU, TEKUN & SAUJANA, INDAH/KEMBARA, AMAN/DAMAI, FAJAR/HARAPAN, BAKTI/PERMAI, RUMAH ANTARABANGSA, UPPU, UNIT SUKAN, JABATAN PEMBANGUNAN, JABATAN KESELAMATAN
SAFIEN BIN SAAD
No. KP Baru : 590404-02-5291 Lama : 5999249
No.Staf : KD 43118 No. Ahli :
Jawatan Hakiki Pembantu Tadbir Rendah / N11
Jabatan Pembangunan, USM Kampus Induk
ZON 2:
PUSAT PENGAJIAN SAINS FARMASI, PUSAT KAWALAN DOPING, UNIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, PUSAT PENYELIDIKAN DADAH DAN UBAT-UBATAN, PUSAT RACUN NEGARA, INFORMM, PUSAT PENGAJIAN SAINS KIMIA, PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK, PUSAT PENGAJIAN SAINS KOMPUTER, PUSAT ISLAM
RAMLI BIN YUSOB
No. KP Baru : 611103-07-5527 Lama : 6306033
No.Staf : KC 33934 No. Ahli : 1925
Jawatan Hakiki Pembantu Tadbir / N17
Jabatan Canselori, USM Kampus Induk

ZON 3:  PUSAT PENGAJIAN SAINS KAJIHAYAT, UNIT PENYELIDIKAN KAWALAN VEKTOR, PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI INDUSTRI, PUSAT PENGAJIAN SAINS FIZIK, PUSAT KAJIAN SAMUDERA DAN PANTAI, PUSAT KEMUDAHAN TEKNIKAL, DESASISWA CAHAYA/GEMILANG, MUKKA HEAD, PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN, INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH, PUSAT SEJAHTERA
NURUL HUDA BT ZAINOL ABIDIN

No. KP Baru : 740105-07-5266 Lama : A2861459
No.Staf : KC 34009 No. Ahli :
Jawatan Hakiki Pembantu Makmal / C22
P.P.Sains Kajihayat, USM Kampus Induk
ZON 4:
PUSAT PENGAJIAN SAINS KEMASYARAKATAN, PUSAT PENYELIDIKAN ARKEOLOGI MALAYSIA, MUZIUM DAN GALERI, JABATAN PENDAFTAR, JABATAN BENDAHARI & SEKSYEN HASIL/AKAUN PELAJAR, JABATAN CANSELORI & BANGUNAN SEKITAR, PUSAT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN WANITA (KANITA), UNIT TERJEMAHAN KOMPUTER, BAHAGIAN PEMBANGUNAN KORPORAT, UNIT PERHUBUNGAN ANTARABANGSA
MAZLINA BT OTHMAN
No. KP Baru : 611109-07-5288 Lama : 6371181
No.Staf : KC 33905 No. Ahli : 1135
Jawatan Hakiki Pembantu Tadbir / N22
Jabatan Canselori, USM Kampus Induk
ZON 5: PUSAT TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN MULTIMEDIA, PUSAT PENYELIDIKAN DASAR, BAHAGIAN HAL EHWAL DAN PEMBANGUNAN PELAJAR, UNIT PENYELIDIKAN ILMU FALAK DAN SAINS ATMOSFERA, PUSAT PENGAJIAN BAHASA, LITERASI DAN TERJEMAHAN, PENERBIT USM, PUSAT PENGAJIAN KOMUNIKASI, OPERATOR TELEFON, PUSAT PENGETAHUAN KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI, PUSAT PENGAJIAN PERUMAHAN, BANGUNAN DAN PERANCANGAN
AZLIZA BT AHMAD

No. KP Baru : 720308-02-5702 Lama : A2138034
No.Staf : KC 33897 No. Ahli :
Jawatan Hakiki Pelukis Pelan / J22
P.P. Perumahan, Bangunan & Perancangan, USM Kampus Induk

ZON 6:
PERPUSTAKAAN HAMZAH SENDUT 1 & 2, PUSAT PENGAJIAN SENI, DEWAN BUDAYA, PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH, PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN, PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN, PUSAT PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ASAS, INSTITUT PENYELIDIKAN PENDIDIKAN TINGGI NEGARA, PUSAT IPV6 TERMAJU NEGARA, CETREE, UNIT PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ASAS, UNIT PENASIHAT DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
NOOR AZMAN VIJAY BIN ABDULLAH
No. KP Baru : 630703-07-5815 Lama : 7122517
No.Staf : KC 32794 No. Ahli :
Jawatan Hakiki Pembantu Perpustakaan / S22
Perpustakaan Hamzah Sendut, USM Kampus Induk
ZON 7:
1.                    INSTITUT PERUBATAN DAN PERGIGIAN TERMAJU (INDUK/BERTAM)
ABDUL RAHMAN BIN MD IBRAHIM

No. KP Baru : 591121-07-5015 Lama : 5740718
No.Staf : KC 34532 No. Ahli : 1562
Jawatan Hakiki Juruteknik Perubatan / U24
IPPT, USM Bertam





ZON 8:
KAMPUS KEJURUTERAAN
RAHMAT BIN MD HASSAN
No. KP Baru : 611026-04-5147 Lama : 6254435
No.Staf : EC 30416 No. Ahli : 1809
Jawatan Hakiki Juruteknik Komputer / FT17
PPKT, USM Kampus Kejuruteraan

ZON 9:
PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN, PUSAT PENGAJIAN SAINS PERGIGIAN, PUSAT PENGAJIAN SAINS KESIHATAN
ABDULLAH BIN HAMAT

No. KP Baru : 560105-03-5265 Lama : 4898274
No.Staf : MB 20252 No. Ahli : 3815
Jawatan Hakiki Jurteknologi Pergigian / U36
P.P.Sains Pergigian, USM Kampus Kesihatan
ZON 10:
DESASISWA MURNI, DESASISWA NURANI, JABATAN PEMBANGUNAN, JABATAN PENDAFTAR, JABATAN BENDAHARI, PERPUSTAKAAN
ABDUL RAHIM BIN ABDUL SAMAD
No. KP Baru : 651121-07-5631 Lama : A0306338
No.Staf : USM 0630/09 No. Ahli : 1691
Jawatan Hakiki Pembantu Tadbir Kewangan / W26
Jabatan Bendahari, USM Kampus Kesihatan
ZON 11:
HOSPITAL USM - JURURAWAT
CHIK BINTI HUSSIN

No. KP Baru : 580325-02-5278 Lama : 5418090
No.Staf : HB 20108 No. Ahli : 3240
Jawatan Hakiki Penyelia Jururawat / U36
Unit Kejururawatan, HUSM, USM Kampus Kesihatan

ZON 12:
HOSPITAL USM – PENTADBIRAN & TEKNIKAL
UMAR BIN JUSOH
No. KP Baru : 550531-11-5285 Lama : 4803208
 No.Staf : HC 32257 No. Ahli : 3240
Jawatan Hakiki Juruteknik / J22
Unit Kej. & P’garaan, HUSM, USM Kampus Kesihatan

ZON 13:
HOSPITAL USM – ATENDAN HOSPITAL

TIADA PENCALONAN













Monday, November 23, 2009

Wujudkan Skim Perkhidmatan Universiti




Maklum Balas: “Wujudkan Skim Perkhidmatan Universiti”

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Merujuk Kepada Cadangan Oleh Pengerusi Gabungan Majlis Presiden Dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti/IPTA Malaysia (Gakum), Encik Omar Osman Dalam Artikel Bertajuk “Wujudkan Skim Perkhidmatan Universiti” Yang Disiarkan Dalam Akhbar Utusan Malaysia Bertarikh 27 Oktober 2009.
Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang terikat dengan syarat-syarat skim perkhidmatan seperti mana yang terpakai bagi sektor awam. Sehubungan itu, cadangan supaya diwujudkan skim perkhidmatan universiti yang berbeza dengan kakitangan kementerian dan agensi lain adalah tidak berbangkit kecuali status IPTA diputuskan menjadi sebuah agensi yang diasingkan saraannya sama sekali yang terpakai bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Berhubung cadangan untuk memberi peluang kemajuan kerjaya yang lebih baik terutamanya dari segi tempoh kenaikan pangkat kakitangan Kumpulan Sokongan, kerajaan turut memanjangkan keputusan pelaksanaan kenaikan pangkat Pegawai Kumpulan Sokongan yang telah berkhidmat selama 15 tahun dan lebih secara Khas Untuk Penyandang (KUP) yang masih berada dalam gred lantikan mulai 1 Julai 2009 kepada Badan-Badan Berkanun Persekutuan termasuk IPTA.
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
23 November 2009

Skim Baru Juruteknik Di Kaji


Juruteknik Gred J17/22/26 Hantar Petisyen

SEBAGAIMANA semua pihak telah sedia maklum, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2009 yang diedarkan baru-baru ini mengenai penambahbaikan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah daripada gred NT17, NT22, NT31/32, NT36 kepada NT27, NT32, dan NT36 terlebih dahulu tentulah disambut dengan begitu gembira oleh mereka yang terlibat. Meneliti semula syarat-syarat yang ditetapkan untuk pelantikan ke NT27, didapati terdapat ketidakselarasan di antara pemegang sijil/diploma di dalam jurusan berkaitan.  Adalah menjadi satu kemusykilan mengapa JPA harus membeza-bezakan kelayakan pemegang sijil daripada politeknik, apa istimewa dan apa kurangnya kelulusan untuk sesetengah jawatan. Sehubungan itu, kami yang menjawat jawatan sebagai juruteknik yang memiliki sijil serta diploma dalam bidang berkaitan memohon dan merayu supaya JPA, CUEPACS, atau badan berkaitan meneliti semula skim perkhidmatan kami atas sebab-sebab berikut: Syarat lantikan untuk menjawat jawatan juruteknik gred J17, memerlukan kelayakan sijil daripada politeknik, sedangkan untuk NT17 hanya memerlukan kelulusan SPM dengan kredit dalam subjek Matematik sahaja. Mengikut pekeliling terbaru yang diedarkan oleh JPA, syarat lantikan bagi skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah gred NT27 adalah memiliki sijil dalam bidang kejuruteraan berkaitan (sila rujuk pekeliling perkhidmatan bil 16 tahun 2009, syarat lantikan - di para 4) yang mana, ini adalah sama dengan kelayakan untuk lantikan bagi skim juruteknik gred J17. Kebanyakan juruteknik gred J17, walaupun telah bekerja selama lebih daripada 10 tahun, malahan ada yang telah berkhidmat hampir 29 tahun, masih lagi di gred yang sama, dengan gaji akhir bertahun-tahun di P1 dan kalau bernasib baik mendapat anjakan di P3, sedangkan NT17 dengan kelulusan lantikan SPM diberi kelonggaran kenaikan pangkat ke NT27 dengan pengalaman kerja hanya selama 6 tahun sahaja. Dengan penambahbaikan dan perubahan skim tersebut sudah tentulah gred NT27 berpeluang mendapat gaji/pangkat yang lebih tinggi. Adakah JPA yang membuat dasar terlepas pandang atau sengaja tidak ambil peduli, sehingga menyebabkan mereka berada di skim perkhidmatan yang berlainan kerugian? Bukankah syarat-syarat kelulusan bagi menjawat jawatan berkenaan adalah sama. Kenapa dasar penambahbaikan yang diguna pakai untuk skim perkhidmatan NT17 tidak boleh digunakan untuk skim-skim perkhidmatan yang lainnya. Mengapa berlakunya ketidakadilan di dalam dasar pelantikan kakitangan awam. Persoalannya mengapa tidak diberi kelonggaran dengan dinaikkan pangkat secara lantikan atau diberi opsyen secara tukar lantik sebagaimana diberikan kepada kakitangan gred NT17 (seperti yang dinyatakan dalam pekeliling perkhidmatan bil. 16 2009, sila rujuk di para 6 - pelaksanaan). Berkali-kali mengisi borang SPA 8, ada yang tidak pernah sekalipun dipanggil temuduga, dan kalau sekalipun dipanggil, boleh pula dibilang dengan jari berapa ramai yang mendapat peluang kenaikan pangkat. Hampir keseluruhan juruteknik gred J17 telah pun memiliki diploma atau sedang menyambung pelajaran di peringkat diploma dalam bidang kejuruteraan masing-masing dan mempunyai pengalaman kerja lebih daripada 15 tahun, tapi sayangnya kebanyakannya masih bertugas sebagai juruteknik gred J17, sedangkan mereka yang di skim berlainan yang tidak mempunyai kelulusan atau pengalaman setara telah pun dianugerahkan “durian runtuh”. Sekiranya JPA tidak perasan atau terlepas pandang, andai diteliti mereka di skim lain menikmati kenaikan gred di bawah SSB dan SSM dengan diberi penambahbaikan, tetapi skim perkhidmatan juruteknik diberi “penambahburukkan” pula dengan diturunkan gred. Setelah menilai, menghitung dan mengkaji sebab-sebab tersebut di atas, kami yang berada di skim perkhidmatan juruteknik merasa amat-amat dipinggirkan dan telah menjadi mangsa keadaan seolah-olah tidak diambil peduli oleh pihak JPA dalam membuat dasar lantikan/ kenaikan pangkat. Adakah perkhidmatan kami tidak penting di dalam sektor perkhidmatan awam? Lanjutan daripada itu juga, kami yang berada di skim perkhidmatan juruteknik gred J17/22/26, ingin menuntut dan merayu supaya JPA membuat semakan semula penggredan dan penjadualan semula tangga gaji agar ia lebih relevan dengan kelulusan, pengalaman serta keadaan ekonomi semasa seperti mana yang telah diberikan kepada skim perkhidmatan yang lain khususnya yang terbaru bagi skim perkhidmatan penolong pegawai tanah gred NT17/22/31/32/36 yang telah pun ditambahbaikan.

 (Petisyen yang ditandatangani oleh Juruteknik Gred J17/22/26 Negeri/Persekutuan) 

Utusan Malaysia 16 November 2009

Maklum Balas Akhbar: “Juruteknik Gred J17/22/26 Hantar Petisyen”

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) Merujuk Kepada Surat Oleh Mahu Jawapan Positif Bertajuk “Juruteknik Gred J17/22/26 Hantar Petisyen” Yang Disiarkan Dalam Akhbar Utusan Malaysia Pada 16 November 2009.
Berikutan perubahan skop fungsi tugas, Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT17, NT22, NT31/32, NT36 telah ditambah baik kepada NT27, NT32, NT36 dengan kelayakan masuk sijil dari politeknik/diploma. Penambahbaikan skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah ini adalah dengan memansuhkan gred jawatan NT17, NT22 tetapi mengekalkan gred jawatan NT32, NT36 dengan diperuntukkan Gred NT27 bagi maksud lantikan di peringkat Kumpulan Sokongan berkelayakan sijil daripada politeknik/diploma. Kenaikan taraf ini menepati prinsip kadar upah untuk kerja dan kelayakan yang diperlukan.
Skim perkhidmatan Juruteknik Gred J17, J22, J26 juga sedang dikaji oleh JPA bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kementerian Kerja Raya (KKR). Kajian tersebut turut melibatkan penelitian kepada implikasi struktur Perkhidmatan Teknikal dan implikasi kepada skim-skim perkhidmatan yang setara (memperuntukkan syarat lantikan di peringkat sijil dalam bidang kejuruteraan/ perancang bandar dan wilayah daripada politeknik tempatan atau universiti pengajian tinggi) seperti berikut:
Struktur Perkhidmatan Teknikal
Kelayakan
Gred
1.
Jurutera
Ijazah
J41
2.
Penolong Jurutera
Diploma
J29
Penolong Pegawai Senibina
Diploma
J29
Penolong Juruukur Bahan
Diploma
J29
3.
Juruteknik
Sijil Politeknik
J17
Skim Perkhidmatan Setara
Kelayakan
Gred
4.
Juruteknik Perancang Bandar dan Desa
Sijil Politeknik
J17
5.
Juruteknik Ukur
Sijil Politeknik
J17
6.
Juruteknik Landskap
SIP/Sijil Politeknik
J17
7.
Pembantu Pemeriksa Kilang
SPM/Sijil Politeknik
J17
8.
Penguasa Bekalan Air
SPM/Sijil Politeknik
J17
9.
Merinyu Tali Air
SPM/SIP/Sijil Politeknik
J17
JPA secara berterusan menambahbaik skim-skim perkhidmatan yang berkuat kuasa sama ada dari segi keperluan perubahan syarat lantikan atau kenaikan taraf skim perkhidmatan berikutan perubahan skop fungsi tugas.
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam
18 November 2009

Sunday, November 15, 2009

LAPORAN PRESIDEN (terkini)




Assalamualaikum,
1.
MESYUARAT CUEPACS & PERJUMPAAN DENGAN PERDANA MENTERI Y.A.B DATO’ SRI NAJIB TUN ABDUL RAZAK DI BANGUNAN PARLIMEN PADA 12 NOVEMBER 2009

i.              Terlebih dahulu saya memohon maaf kepaa semua Ahli Jawatankuasa Kerja KKAUSM kerana saya tidak hadir mesyuarat pada 12 November 2009.
ii.             Mesyuarat Ahli Kongres Cuepacs diadaakan pada jam 11.00 pagi untuk membincangkan perkara yang patut diutarakan kepada Perdana Menteri pada perjumpaan sebelah petang nanti.  Semua Ahli Kongres telah bersetuju untuk menanya:
a.       Kenyataan Perdana Menteri berkenaan ’Cuepacs tidak bermoral’ dalam tuntutan bonus 2 bulan gaji .
b.       Presiden Cuepacs Hj Omar Hj Osman hanya mencari populariti dalam tuntutan bonus dua bulan bonus.
c.        Tuntutan bonus 2 bulan bonus masih dikekalkan sehingga mendapat penjelasan Perdana Menteri
    
Pada jam 3.00 petang semua ahli kongres Cuepacs termasuk Sarawak & Sabah telah bergerak ke Bangunan Parlimen untuk berjumpa Perdana Menteri.  Turut hadir dalam perjumpaan ini adalah Tan Sri Ismail Adam dan Ketua Setiausaha Negara – Perdana Menteri hadir jam 5.20 petang.  Perdana Menteri telah menjelaskan  bahawa:

a.        Dalam kenyataan Cuepacs tidak bermoral -  Perdana Menter tidak  bermaksud macam kenyataan yang dicetak oleh akhbar tetapi beliau bermaksud ’Buat masa ini Cuepacs tidak layak untuk membuat tuntutan Bonus 2 bulan’ kerana ekonomi negara pada masa ini masih belum stabil.  Sekiranya Cuepacs masih berkeras untuk membuat tuntutan bonus Kerajaan Malaysia terpaksa membuat pinjaman untuk memenuhi tuntutan Cuepacs.  Perdana Menteri berjanji kepada semua ahli kongres Cuepacs tuntutan 2 bulan bonus akan diambil kira setelah ekonomi negara stabil dan meningkat nanti.

b.        Oleh kerana tuntutan bonus tidak dapat dipetimbangkan  maka Presiden Cuepacs Hj Omar telah memohon tambahan RM500.00 insentif/bantuan kerana hujung tahun ini ramai staf sektor awam kena menanggong kos perbelanjaan persekolahan anak bagi semua gred 54 kebawah.  Dan potongan 30% cukai pendapatan bagi Gred Juksa A hingga C. 

c.        Bagi kedua-dua permohonan Cuepacs – Perdana Menteri akan menimbangkan serta menyemak dengan Perbendaharaan dan beliau akan memaklumkan sedikit masa lagi.

d.        Presiden Cuepacs memohon JPA  menyemak kembali staf Pembantu Masyarakat dan Staf Kementerian Pelancungan yang diambil secara kontrak akan tamat kontrak pada 31 Disember 2009 ini melibatkan seramai lebih kurang 1,500 orang.  Cuepacs mencadangkan kontrak mereka disambung semula kerana ada dikalangan telah bertugas lebih 15 tahun secaa kontrak.  Perkara ini telah menarik minat Perdana Menteri dan menyarankan Tan Sri Ismail Adam menyemak perkara ini lebih dalam lagi.

Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa Cuepacs akan diberi geran RM1,000.000.00 untuk menjalankan aktiviti Cuepacs bagi tahun 2010.  Beliau juga memohon Semua Staf Sektor Awam perlu memahami keadaan ekonomi negara pada masa ini masih tidak menentu dan kerajaan tidak akan meminjam dari luar untuk menampung perbelanjaan emolumen negara.
Laporan Perjumpaan Ahli Kongres Cuepacs dengan Perdana Menteri  ada disiarkan dalam Akhbar Berita Harian pada 13 November 2009.

Perjumpaan dengan Perdana Menteri sehingga 6.40 petang.
2.
BENGKEL PEMBENTANGAN PROFILING HCMS & KERTAS KERJA JAWATANKUASA KECIL TALENT MANAGEMENT 13 – 15 NOVEMBER 2009 – HOTEL EASTIN  QUEENSBAY PULAU PINANG

Bengkel ini telah membincangkan perkara seperti berikut:
i.              Skim N
ii.             Skim W
iii.            Skim F, FT
iv.           Skim E
v.            Skim C
vi.           Skim J, A, G, R
vii.          Skim Q
viii.         Skim U
ix.           Skim S
x.            Skim KB, KP, KX, KR
xi.           Skim DS, DU, DM, DG, DGA
xii.          Skim B

Manakala Jawatankuasa Kecil Talent Management:
i.                Pemantapan Urusan Pemgambilan Staf Akademik dan Head Hunting Dalam/Luar Negara
ii.               Pemantapan urusan Pelantikan Staf Bukan Akademik Ke Akademik dan Cuti Sebaktikal
iii.              Pemantapan Urusan Pelantikan Sebagai Visiting Position dan Assocites (Kehormat/Kunjungan) Retaining Fees dan Skim Baru
iv.             Pemantapan Urusan RLKA/RPTKA
v.              Pemantapan Urusan Latihan Team High Achiver Leadership Training Program Apex
vi.             Pemantapan Urusan Elaun Multi Tasking Berdasarkan Prestasi
vii.            Pemantapan Urusan kriteria Kenaikan Pangkat (Profail)-HCMS Bukan Akademik
viii.           Pemantapan Urusan Pelantikan Jawatankuasa Tetap Penilaian
ix.             Pemantapan Urusan Gaji Profesor Melalui Gred Sedia Ada Berdasarkan Kepakaran/Bidang Serta insentif staf.

Untuk makluman semua AJK Kerja KKAUSM  semua topik yang dibincangkan serta dimurnikan dalam bengkel ini dan belum mendapat kelulusan Exco Naib Canselor.  Oleh itu, hasil perbincangan tidak dapat dihebahkan kepada tuan-tuan dan puan-puan  sehingga mendapat kelulusan Exco Naib Canselor.

Bengkel tamat pada 15 November 2009 Jam:  1.00 petang.