Saturday, October 2, 2010

PENGUNDIAN DI BATALKAN

Atas nasihat Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Pulau Pinang, Kedah & Perlis, setelah  menerima aduan daripada ahli mengenai proses pemilihan Pegawai Kesatuan.  Pihak JHEKS menyerahkan kuasa yang ada kepada Pegawai Kesatuan Kakitangan Am Universiti Sains Malaysia sama ada meneruskan pengundian atau membatalkan sementara pengundian pemilihan Pegawai Kesatuan 2010-2012. 

Jawatankuasa telah menangguhkan sementara pengundian 8 September 2010.  Pengundian Pemilihan Pegawai Kesatuan perlu dibuat sebelum 31 Disember 2010.

Walau bagaimanapun Mesyuarat Agung Dwi Tahunan 2008/2010 tetap diteruskan.

Mesyuarat berjalan dengan lancar.  Beberapa Usul telah diluluskan dengan sedikit perubahan sebulat suara.  Antaranya:

  1. Penambahbaikan Kebajikan Kepada Ahli:
    • kematian ahli - RM1000
    • kematian suami/isteri - RM200
    • kematian anak/anak angkat (berdaftar) - RM200
    • kematian ibu/bapa kandung - RM200
    • Bencana (kebakaran rumah) - RM500 + Lancar derma kilat
      • Dengan penambahbaikan tersebut, setiap ahli perlu (wajib) mencarum dana untuk mengisi tabung tersebut sebanyak RM1 setiap bulan.
  2. Ahli KKAUSM di HUSM dipisahkan (ujudkan kesatuan baru)
    • warga HUSM telah mempunyai MBJ sendiri
    • permasalahan yang dibawa KKAUSM ke peringkat MBJ Induk di kembalikan tindakan MBJ HUSM
    • HUSM mempunyai ramai staf.  Adalah lebih baik mereka mempunyai kesatuan sendiri.
    • HUSM boleh merujuk penubuhan kesatuan dengan Kesatuan Pusat Perubatan UM, UKM
  3. Pindaan Perlembangaan:
    • Undang-Undang 8: di tukar dari Mesyuarat Agung Dua Tahunan kepada Mesyuarat Agung Tiga Tahunan
    • Undang-Undang 10: Pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja hendaklah di adakan Dua-Tahunan kepada Tiga-Tahunan 
    • Undang-undang 11 perkara 3: Mesyuarat bulanan KKAUSM sekurang-kurangnya sebulan sekali kepada sekurang-kurangnya tiga bulan sekali (4 x setahun)
  4. Akaun Bank KKAUSM:
    • Pada masa sekarang akaun KKAUSM di CIMB Cawangan USM Pulau Pinang.  Memandangkan tiada keuntungan diberi pihak bank setiap bulan, cadangan menutup akaun tersebut dan buka akaun baru samada di bank yang sama atau di bank yang lain.
    • Simpanan Tetap (dua akaun) di RHB Cawangan Pulau Pinang berjumlah RM64,220.60, cadangan supaya dikeluarkan dan dan dimasukkan dalam satu bank untuk kemudahan pengurusan.  Juga di cadangkan setiap bulan di tambah RM1000 daripada kutipan yuran bulanan.