Monday, November 23, 2009

Wujudkan Skim Perkhidmatan Universiti




Maklum Balas: “Wujudkan Skim Perkhidmatan Universiti”

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Merujuk Kepada Cadangan Oleh Pengerusi Gabungan Majlis Presiden Dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti/IPTA Malaysia (Gakum), Encik Omar Osman Dalam Artikel Bertajuk “Wujudkan Skim Perkhidmatan Universiti” Yang Disiarkan Dalam Akhbar Utusan Malaysia Bertarikh 27 Oktober 2009.
Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang terikat dengan syarat-syarat skim perkhidmatan seperti mana yang terpakai bagi sektor awam. Sehubungan itu, cadangan supaya diwujudkan skim perkhidmatan universiti yang berbeza dengan kakitangan kementerian dan agensi lain adalah tidak berbangkit kecuali status IPTA diputuskan menjadi sebuah agensi yang diasingkan saraannya sama sekali yang terpakai bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Berhubung cadangan untuk memberi peluang kemajuan kerjaya yang lebih baik terutamanya dari segi tempoh kenaikan pangkat kakitangan Kumpulan Sokongan, kerajaan turut memanjangkan keputusan pelaksanaan kenaikan pangkat Pegawai Kumpulan Sokongan yang telah berkhidmat selama 15 tahun dan lebih secara Khas Untuk Penyandang (KUP) yang masih berada dalam gred lantikan mulai 1 Julai 2009 kepada Badan-Badan Berkanun Persekutuan termasuk IPTA.
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
23 November 2009

Skim Baru Juruteknik Di Kaji


Juruteknik Gred J17/22/26 Hantar Petisyen

SEBAGAIMANA semua pihak telah sedia maklum, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2009 yang diedarkan baru-baru ini mengenai penambahbaikan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah daripada gred NT17, NT22, NT31/32, NT36 kepada NT27, NT32, dan NT36 terlebih dahulu tentulah disambut dengan begitu gembira oleh mereka yang terlibat. Meneliti semula syarat-syarat yang ditetapkan untuk pelantikan ke NT27, didapati terdapat ketidakselarasan di antara pemegang sijil/diploma di dalam jurusan berkaitan.  Adalah menjadi satu kemusykilan mengapa JPA harus membeza-bezakan kelayakan pemegang sijil daripada politeknik, apa istimewa dan apa kurangnya kelulusan untuk sesetengah jawatan. Sehubungan itu, kami yang menjawat jawatan sebagai juruteknik yang memiliki sijil serta diploma dalam bidang berkaitan memohon dan merayu supaya JPA, CUEPACS, atau badan berkaitan meneliti semula skim perkhidmatan kami atas sebab-sebab berikut: Syarat lantikan untuk menjawat jawatan juruteknik gred J17, memerlukan kelayakan sijil daripada politeknik, sedangkan untuk NT17 hanya memerlukan kelulusan SPM dengan kredit dalam subjek Matematik sahaja. Mengikut pekeliling terbaru yang diedarkan oleh JPA, syarat lantikan bagi skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah gred NT27 adalah memiliki sijil dalam bidang kejuruteraan berkaitan (sila rujuk pekeliling perkhidmatan bil 16 tahun 2009, syarat lantikan - di para 4) yang mana, ini adalah sama dengan kelayakan untuk lantikan bagi skim juruteknik gred J17. Kebanyakan juruteknik gred J17, walaupun telah bekerja selama lebih daripada 10 tahun, malahan ada yang telah berkhidmat hampir 29 tahun, masih lagi di gred yang sama, dengan gaji akhir bertahun-tahun di P1 dan kalau bernasib baik mendapat anjakan di P3, sedangkan NT17 dengan kelulusan lantikan SPM diberi kelonggaran kenaikan pangkat ke NT27 dengan pengalaman kerja hanya selama 6 tahun sahaja. Dengan penambahbaikan dan perubahan skim tersebut sudah tentulah gred NT27 berpeluang mendapat gaji/pangkat yang lebih tinggi. Adakah JPA yang membuat dasar terlepas pandang atau sengaja tidak ambil peduli, sehingga menyebabkan mereka berada di skim perkhidmatan yang berlainan kerugian? Bukankah syarat-syarat kelulusan bagi menjawat jawatan berkenaan adalah sama. Kenapa dasar penambahbaikan yang diguna pakai untuk skim perkhidmatan NT17 tidak boleh digunakan untuk skim-skim perkhidmatan yang lainnya. Mengapa berlakunya ketidakadilan di dalam dasar pelantikan kakitangan awam. Persoalannya mengapa tidak diberi kelonggaran dengan dinaikkan pangkat secara lantikan atau diberi opsyen secara tukar lantik sebagaimana diberikan kepada kakitangan gred NT17 (seperti yang dinyatakan dalam pekeliling perkhidmatan bil. 16 2009, sila rujuk di para 6 - pelaksanaan). Berkali-kali mengisi borang SPA 8, ada yang tidak pernah sekalipun dipanggil temuduga, dan kalau sekalipun dipanggil, boleh pula dibilang dengan jari berapa ramai yang mendapat peluang kenaikan pangkat. Hampir keseluruhan juruteknik gred J17 telah pun memiliki diploma atau sedang menyambung pelajaran di peringkat diploma dalam bidang kejuruteraan masing-masing dan mempunyai pengalaman kerja lebih daripada 15 tahun, tapi sayangnya kebanyakannya masih bertugas sebagai juruteknik gred J17, sedangkan mereka yang di skim berlainan yang tidak mempunyai kelulusan atau pengalaman setara telah pun dianugerahkan “durian runtuh”. Sekiranya JPA tidak perasan atau terlepas pandang, andai diteliti mereka di skim lain menikmati kenaikan gred di bawah SSB dan SSM dengan diberi penambahbaikan, tetapi skim perkhidmatan juruteknik diberi “penambahburukkan” pula dengan diturunkan gred. Setelah menilai, menghitung dan mengkaji sebab-sebab tersebut di atas, kami yang berada di skim perkhidmatan juruteknik merasa amat-amat dipinggirkan dan telah menjadi mangsa keadaan seolah-olah tidak diambil peduli oleh pihak JPA dalam membuat dasar lantikan/ kenaikan pangkat. Adakah perkhidmatan kami tidak penting di dalam sektor perkhidmatan awam? Lanjutan daripada itu juga, kami yang berada di skim perkhidmatan juruteknik gred J17/22/26, ingin menuntut dan merayu supaya JPA membuat semakan semula penggredan dan penjadualan semula tangga gaji agar ia lebih relevan dengan kelulusan, pengalaman serta keadaan ekonomi semasa seperti mana yang telah diberikan kepada skim perkhidmatan yang lain khususnya yang terbaru bagi skim perkhidmatan penolong pegawai tanah gred NT17/22/31/32/36 yang telah pun ditambahbaikan.

 (Petisyen yang ditandatangani oleh Juruteknik Gred J17/22/26 Negeri/Persekutuan) 

Utusan Malaysia 16 November 2009

Maklum Balas Akhbar: “Juruteknik Gred J17/22/26 Hantar Petisyen”

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) Merujuk Kepada Surat Oleh Mahu Jawapan Positif Bertajuk “Juruteknik Gred J17/22/26 Hantar Petisyen” Yang Disiarkan Dalam Akhbar Utusan Malaysia Pada 16 November 2009.
Berikutan perubahan skop fungsi tugas, Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT17, NT22, NT31/32, NT36 telah ditambah baik kepada NT27, NT32, NT36 dengan kelayakan masuk sijil dari politeknik/diploma. Penambahbaikan skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah ini adalah dengan memansuhkan gred jawatan NT17, NT22 tetapi mengekalkan gred jawatan NT32, NT36 dengan diperuntukkan Gred NT27 bagi maksud lantikan di peringkat Kumpulan Sokongan berkelayakan sijil daripada politeknik/diploma. Kenaikan taraf ini menepati prinsip kadar upah untuk kerja dan kelayakan yang diperlukan.
Skim perkhidmatan Juruteknik Gred J17, J22, J26 juga sedang dikaji oleh JPA bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kementerian Kerja Raya (KKR). Kajian tersebut turut melibatkan penelitian kepada implikasi struktur Perkhidmatan Teknikal dan implikasi kepada skim-skim perkhidmatan yang setara (memperuntukkan syarat lantikan di peringkat sijil dalam bidang kejuruteraan/ perancang bandar dan wilayah daripada politeknik tempatan atau universiti pengajian tinggi) seperti berikut:
Struktur Perkhidmatan Teknikal
Kelayakan
Gred
1.
Jurutera
Ijazah
J41
2.
Penolong Jurutera
Diploma
J29
Penolong Pegawai Senibina
Diploma
J29
Penolong Juruukur Bahan
Diploma
J29
3.
Juruteknik
Sijil Politeknik
J17
Skim Perkhidmatan Setara
Kelayakan
Gred
4.
Juruteknik Perancang Bandar dan Desa
Sijil Politeknik
J17
5.
Juruteknik Ukur
Sijil Politeknik
J17
6.
Juruteknik Landskap
SIP/Sijil Politeknik
J17
7.
Pembantu Pemeriksa Kilang
SPM/Sijil Politeknik
J17
8.
Penguasa Bekalan Air
SPM/Sijil Politeknik
J17
9.
Merinyu Tali Air
SPM/SIP/Sijil Politeknik
J17
JPA secara berterusan menambahbaik skim-skim perkhidmatan yang berkuat kuasa sama ada dari segi keperluan perubahan syarat lantikan atau kenaikan taraf skim perkhidmatan berikutan perubahan skop fungsi tugas.
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam
18 November 2009

Sunday, November 15, 2009

LAPORAN PRESIDEN (terkini)




Assalamualaikum,
1.
MESYUARAT CUEPACS & PERJUMPAAN DENGAN PERDANA MENTERI Y.A.B DATO’ SRI NAJIB TUN ABDUL RAZAK DI BANGUNAN PARLIMEN PADA 12 NOVEMBER 2009

i.              Terlebih dahulu saya memohon maaf kepaa semua Ahli Jawatankuasa Kerja KKAUSM kerana saya tidak hadir mesyuarat pada 12 November 2009.
ii.             Mesyuarat Ahli Kongres Cuepacs diadaakan pada jam 11.00 pagi untuk membincangkan perkara yang patut diutarakan kepada Perdana Menteri pada perjumpaan sebelah petang nanti.  Semua Ahli Kongres telah bersetuju untuk menanya:
a.       Kenyataan Perdana Menteri berkenaan ’Cuepacs tidak bermoral’ dalam tuntutan bonus 2 bulan gaji .
b.       Presiden Cuepacs Hj Omar Hj Osman hanya mencari populariti dalam tuntutan bonus dua bulan bonus.
c.        Tuntutan bonus 2 bulan bonus masih dikekalkan sehingga mendapat penjelasan Perdana Menteri
    
Pada jam 3.00 petang semua ahli kongres Cuepacs termasuk Sarawak & Sabah telah bergerak ke Bangunan Parlimen untuk berjumpa Perdana Menteri.  Turut hadir dalam perjumpaan ini adalah Tan Sri Ismail Adam dan Ketua Setiausaha Negara – Perdana Menteri hadir jam 5.20 petang.  Perdana Menteri telah menjelaskan  bahawa:

a.        Dalam kenyataan Cuepacs tidak bermoral -  Perdana Menter tidak  bermaksud macam kenyataan yang dicetak oleh akhbar tetapi beliau bermaksud ’Buat masa ini Cuepacs tidak layak untuk membuat tuntutan Bonus 2 bulan’ kerana ekonomi negara pada masa ini masih belum stabil.  Sekiranya Cuepacs masih berkeras untuk membuat tuntutan bonus Kerajaan Malaysia terpaksa membuat pinjaman untuk memenuhi tuntutan Cuepacs.  Perdana Menteri berjanji kepada semua ahli kongres Cuepacs tuntutan 2 bulan bonus akan diambil kira setelah ekonomi negara stabil dan meningkat nanti.

b.        Oleh kerana tuntutan bonus tidak dapat dipetimbangkan  maka Presiden Cuepacs Hj Omar telah memohon tambahan RM500.00 insentif/bantuan kerana hujung tahun ini ramai staf sektor awam kena menanggong kos perbelanjaan persekolahan anak bagi semua gred 54 kebawah.  Dan potongan 30% cukai pendapatan bagi Gred Juksa A hingga C. 

c.        Bagi kedua-dua permohonan Cuepacs – Perdana Menteri akan menimbangkan serta menyemak dengan Perbendaharaan dan beliau akan memaklumkan sedikit masa lagi.

d.        Presiden Cuepacs memohon JPA  menyemak kembali staf Pembantu Masyarakat dan Staf Kementerian Pelancungan yang diambil secara kontrak akan tamat kontrak pada 31 Disember 2009 ini melibatkan seramai lebih kurang 1,500 orang.  Cuepacs mencadangkan kontrak mereka disambung semula kerana ada dikalangan telah bertugas lebih 15 tahun secaa kontrak.  Perkara ini telah menarik minat Perdana Menteri dan menyarankan Tan Sri Ismail Adam menyemak perkara ini lebih dalam lagi.

Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa Cuepacs akan diberi geran RM1,000.000.00 untuk menjalankan aktiviti Cuepacs bagi tahun 2010.  Beliau juga memohon Semua Staf Sektor Awam perlu memahami keadaan ekonomi negara pada masa ini masih tidak menentu dan kerajaan tidak akan meminjam dari luar untuk menampung perbelanjaan emolumen negara.
Laporan Perjumpaan Ahli Kongres Cuepacs dengan Perdana Menteri  ada disiarkan dalam Akhbar Berita Harian pada 13 November 2009.

Perjumpaan dengan Perdana Menteri sehingga 6.40 petang.
2.
BENGKEL PEMBENTANGAN PROFILING HCMS & KERTAS KERJA JAWATANKUASA KECIL TALENT MANAGEMENT 13 – 15 NOVEMBER 2009 – HOTEL EASTIN  QUEENSBAY PULAU PINANG

Bengkel ini telah membincangkan perkara seperti berikut:
i.              Skim N
ii.             Skim W
iii.            Skim F, FT
iv.           Skim E
v.            Skim C
vi.           Skim J, A, G, R
vii.          Skim Q
viii.         Skim U
ix.           Skim S
x.            Skim KB, KP, KX, KR
xi.           Skim DS, DU, DM, DG, DGA
xii.          Skim B

Manakala Jawatankuasa Kecil Talent Management:
i.                Pemantapan Urusan Pemgambilan Staf Akademik dan Head Hunting Dalam/Luar Negara
ii.               Pemantapan urusan Pelantikan Staf Bukan Akademik Ke Akademik dan Cuti Sebaktikal
iii.              Pemantapan Urusan Pelantikan Sebagai Visiting Position dan Assocites (Kehormat/Kunjungan) Retaining Fees dan Skim Baru
iv.             Pemantapan Urusan RLKA/RPTKA
v.              Pemantapan Urusan Latihan Team High Achiver Leadership Training Program Apex
vi.             Pemantapan Urusan Elaun Multi Tasking Berdasarkan Prestasi
vii.            Pemantapan Urusan kriteria Kenaikan Pangkat (Profail)-HCMS Bukan Akademik
viii.           Pemantapan Urusan Pelantikan Jawatankuasa Tetap Penilaian
ix.             Pemantapan Urusan Gaji Profesor Melalui Gred Sedia Ada Berdasarkan Kepakaran/Bidang Serta insentif staf.

Untuk makluman semua AJK Kerja KKAUSM  semua topik yang dibincangkan serta dimurnikan dalam bengkel ini dan belum mendapat kelulusan Exco Naib Canselor.  Oleh itu, hasil perbincangan tidak dapat dihebahkan kepada tuan-tuan dan puan-puan  sehingga mendapat kelulusan Exco Naib Canselor.

Bengkel tamat pada 15 November 2009 Jam:  1.00 petang.

Saturday, November 14, 2009

Tiada bonus 2 bulan untuk k'tangan awam

Nov 12, 09 8:55pm

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akur dengan keputusan kerajaan tidak memberikan bonus dua bulan gaji kepada 1.2 juta kakitangan awam tahun ini selepas menerima penjelasan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Presidennya Omar Osman berkata Perdana Menteri bagaimanapun memberi jaminan untuk mengkaji pemberian tambahan bonus sebanyak RM500 dalam masa terdekat sekiranya keadaan ekonomi mengizinkan.
"Perdana Menteri juga memberi jaminan akan menimbangkan pemberian bonus dua bulan seperti mana permintaan kongres sekiranya keadaan ekonomi negara pulih kelak.
"Perkara ini dalam pertimbangan Perdana Menteri, tetapi dalam masa terdekat kita berharap ada pertambahan RM500 untuk kakitangan awam mendapat RM1,000 Disember nanti," katanya kepada pemberita selepas pertemuan kira-kira satu jam dengan perdana menteri di Parlimen, hari ini.
Bagi penjawat awam berpangkat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA), Omar berkata perdana menteri pada pertemuan hari ini turut bersetuju menimbangkan permintaan kongres untuk memberikan potongan cukai pendapatan sehingga 30 peratus.

Omar berkata dalam pertemuan itu Najib menjelaskan dalam keadaan ekonomi sekarang, kerajaan mungkin terpaksa membabitkan pinjaman daripada sumber lain sekiranya mahu memenuhi permintaan kongres.

Cuepacs sebelum ini menuntut kerajaan menimbangkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada kakitangan awam dalam perbentangan Bajet 2010 pada 23 Oktober lepas.

Kerajaan bagaimanapun mengumumkan akan memberikan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 41 hingga 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada Disember ini.

Turut dibincangkan pada pertemuan itu ialah mengenai kenyataan perdana menteri kepada Cuepacs bahawa adalah salah dari segi moral bagi kongres itu menuntut bonus ketika keadaan ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya.

Perdana menteri juga menyifatkan tindakan kongres itu boleh membuatkan Cuepacs popular di kalangan ahlinya, tetapi dalam konteks ekonomi semasa ia disifatkan sebagai tidak wajar.

"Selepas perdana menteri menjelaskan apa sebenarnya yang dimaksudkan, kita terima dan perkara ini kita anggap sudah tamat," kata Omar.

Dalam isu lain, Omar berkata kongres itu turut menyerahkan memorandum kepada perdana menteri untuk menimbangkan supaya 18,000 warga pekerja Kemas diberi keistimewaan yang sama dengan warga perkhidmatan awam.

Dalam pertemuan itu, perdana menteri juga bersetuju untuk menambah geran peruntukan tahunan Cuepacs kepada RM1 juta bermula tahun depan, katanya.

Tahun lepas, Cuepacs menerima RM350,000 bagi menjalankan aktiviti kongres. - Bernama

Sunday, November 8, 2009

LAPORAN MESYUARAT TERGEMPAR KHAS MAJLIS KONGRESS CUEPACS

BIL. 1 (SESI 2007 – 2010)
7 NOVEMBER 2009



Assalamualaikum,

1. Mesyuarat Tergempar Khas Majlis Kongress Cuepacs Bil. 1 telah diadakan pada 7 November 2009 jam: 10 pagi di Wisma Cuepacs, Kuala Lumpur.

ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN IALAH:

i. Kenyataan YAB Perdana Menteri Berkaitan Dengan Tuntutan Bayar Bonus

Ahli Kongres Cuepacs telah sepakat dan membuat ketetapan iaitu:

a. Perdana Menteri perlu membuat penjelasan tentang statemen yang dicakap pada perasmian ”Bankers Forum” iaitu Tuntutan Cuepacs Bonus Dua Bulan adalah tidak bermoral dan Presiden – Tuan Haji Omar hanya mencari kepopulariti sahaja.

b. Perjumpaan Semua Ahli Kongres Cuepacs dengan Perdana Menteri perlu diadakan dengan segera dalam dua minggu dari tarikh mesyuarat ini. Dan semua ahli kongres Cuepacs dan gabungan diminta hadir dalam perjumpaan ini.

c. Ketetapan yang ketiga – Cuepacs diminta menghantar surat kepada Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara berkenaan kekesalan Cuepacs tentang statemen yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri dan Perlu diadakan perjumpaan bersama Ahli Kongres Cuepacs perlu diadakan seberapa segera.(bersama tandatangan semua ahli kongres)

d. Setiap gabungan Cuepacs perlu juga menghantar suat yang sama kepada Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara dengan kepala surat kesatuan masing-masing. Deraf surat akan disediakan oleh Cuepacs untuk semua gabungan cuepacs dan ditandatangan oleh Presiden dan Setiausaha Agung kesatuan.



Mesyuarat ditangguhkan pada 1.30 tengahari dan pada masa sama sidang akhbar telah diadakan di dewan yang sama.
Sunday, November 8, 2009


Tuntut Bonus dituduh tidak bermoral ?

Oleh : MN Bashah


Kenyataan balas najib terhadap tuntutan bonus tahunan oleh CUEPACS dianggap melampau oleh rakyat Malaysia. Tindakan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut bayaran bonus daripada kerajaan dinayatakan salah dari segi moral oleh Perdana Menteri sendiri. Beliau tergamak menyatakan sebegitu dikatakan berikutan tuntutan itu dibuat ketika keadaan ekonomi negara kini masih belum pulih sepenuhnya.


Najib yang sebelum ini cuba menyembunyikan fakta bahawa perkembangan ekonomi Negara belum sedia pulih lagi. Dalam keadaan retorik ekonomi kerajaan BN melalui Bajet 2010, Malaysia masih tegar untuk berbelanja boros untuk beberapa projek yang banyak menghabiskan duit Negara dalam masa yang sama hanya mengenyangkan perut segelintir individu.


Menurut Profesor Rajah Rasiah (UM), Malaysia gagal menangani defisit belanjawan tahunan selama 13 tahun! Defesit belanjawan ini adalah sebanyak 7.65 dari KDNK (keluaran dalam negeri kasar) 2009. Pendapatan negara hanya RM 162.1 bilion berbanding RM 176.2 bilion yang diramalkan untuk 2009. Profesor Rajah menafikan malaysia bakal mencapai target wawasan 2020 jika defesit belanjawan masih terabai.


Bonus kepada kakitangan kerajaan adalah antara piawaian umum untuk rakyat menilai kemampuan negara ini menjadi negara maju berekonomi berasaskan pengetahuan. Jika tuntutan sekecil itu dinafikan malah dikatakan tidak bermoral, igauan Dr Mahathir berkenaan wawasan 2020 hanya tinggal kenangan.

Ternyata Malaysia rugi selama mana ditadbir oleh Barisan Nasional. Kita maju dan moden di zaman pemerintahan Dr Mahathir tetapi rakyat tidak sedar betapa kita memanipulasikan hasil dalaman, mineral dan hutan untuk membeli kemodenan tanpa menjadikan agenda ekonomi baru tanpa berasaskan sumber seperti Singapura. CIA menyatakan Singapura memiliki ekonomi inovatif yang bergantung kepada eksport, penghasilan industri (terutama elektronik), IT, perubatan dan sektor servis seperti pengangkutan dan sebagainya. Peratusan sektor yang menyumbang kepada KDNK Singapura ialah Pertanian: 0%, Industri: 33.2%, Perkhidmatan: 66.8% (2008 est.) Manakala CIA menunjukkan Malaysia masih banyak bergantung dengan sumber alam untuk KDNK, Pertanian: 9.7%, Industri: 44.6%, Perkhidmatan.: 45.7% (2008 est.)


Kita ditampilkan dengan kekayaan melalui simbol-simbol bangunan, kemajuan melalui Koridor raya dan Pusat sains, sedangkan yang kita pamerkan hanya teknologi luar. Ini terbukti apabila dalam KDNK negara, hanya 0.64% digunakan untuk kajian dan pembangunan (R&D). Adakah ini melambangkan sebuah negara yang ingin maju?


Di celahan kerugian demi kerugian , kerajaan mengisytihar pula usaha untuk menjayakan F1 1 Malaysia yang cukup mahal setanding dengan projek PKFZ. Proton adalah antara syarikat yang dilibatkan walaupun sedang sakit tenat mengalami kerugian. Sedangkan Litar F1 Sepang memerlukan belanja sebanyak RM 308 juta setiap tahun inikan pula projek F1 1 Malaysia pula akan dijalankan. Mesti Cuepacs geleng kepala jika sedar fakta-fakta ini.


Tuduhan mengatakan cuepacs ingin mengambil populariti dengan perjuangan menuntut Bonus tahunan adalah satu tuduhan yang cukup tidak patut.


Jelas juga antara kakitangan kerajaan yang setia berkhidmat dengan target BN untuk merampas kerajaan Perak adalah jauh bezanya. Jika benar ramalan YB Ahli parlimen Indera Mahkota bahawa kerajaan sedang berusaha memasukkan RM 1.1 trillion ke dalam negara untuk dana pilihanraya kecil Perak, bermakna benar kakitangan kerajaan hanya diperkulikan selama ini digertak dan diugut dengan pelbagai akujanji.


Najib bercakap soal moral bila berhadapan dengan wakil kakitangannya sendiri. Gejala rasuah, penyelewengan kehakiman (kes pita VK Linggam contohnya), kezaliman polis dan SPRM tidak pula dianggap tidak bermoral. Beberapa menteri BN yang membuat kenyataan awal mungkin Teoh Beng Hock membunuh diri (sebelum disiasat) tidak pula dianggap biadab tak bermoral.


Inilah piawaian moral barisan Nasional. Terlalu banyak gambar puteri dan pemuda UMNO menunjuk punggung dalam PR Bagan Pinang, tetapi penyokong PAS pual dituduh mengganas. Tiada kesan gigitan pada badan polis, tetapi Tian Chua tetap dihukum atas tuduhan bertindak ganas terhadap polis. Inilah nilai MORAL yang najib promosikan.


Sebagai pemimpin, perlulah menangani kehendak rakyat secara berwibawa bukannya memberi tomahan sebelum dibuat perbincangan.


Kakitangan kerajaan perlu sedar betapa bajet 2010 adalah kosmetik menutup defesit warisan BN selama ini. Kerajaan memang tidak berduit untuk melayani kehendak rakyat. Jika ada agihan untuk rakyat ia dijenamakan atas label 1 Malaysia, untuk tujuan pilihanraya. Sokongan dan kesetiaan kakitangan kerajaan dibalas dengan label ‘tidak bermoral’ sepertimana layanan BN kepada tentera (pengundi POS) dalam PR bagan Pinang, kesudahannya bajet untuk pertahanan dalam Bajet 2010 tiada langsung!